suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Enggan Jual Willian Tapi...

Willian.

MANCHESTER United menyuarakan hasrat untuk mendapatkan pemain tengah Chelsea, Willian tetapi juara Liga Perdana Inggeris itu enggan menjualnya pada Januari.

Pemain kelahiran Brazil itu bercakap mengenai masa depannya berikutan kemenangan Chelsea ke atas Huddersfield Town baru-baru ini.

Malah dia memberitahu para penyokong kelab itu supaya bertenang kerana dia gembira di Stamford Bridge.

Willian begitu popular dalam kalangan rakan sepasukan, namun difahamkan dia kecewa dengan kekurangan peluang di peringkat awal dan mengetahui pengurus Manchester United, Jose Mourinho menyanjunginya.

Manchester United berminat untuk mendapatkan pemain berusia 29 tahun itu tetapi Chelsea tidak berhasrat untuk menjualnya pada bulan depan, melainkan mereka menerima tawaran 'luar biasa'.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte mahu menyimpan hampir seluruh skuadnya dan bercadang untuk menambah pemain lagi berbanding mengurangkannya. - Mail Online



Artikel Sebelum

Mourinho Anak Tirikan Mkhitaryan?

Artikel Berikut

Hafizh Syahrin Sah Bergelar Suami

Artikel Lain