suria

Piala Dunia: Bonus Lumayan Menanti Pasukan Jerman

PASUKAN Jerman bakal menerima 'durian runtuh' sekiranya berjaya mempertahankan trofi Piala Dunia di Rusia tahun depan.

Menurut Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB), apabila skuad kendalian Joachim Loew itu merangkul juara pada tahun 2014, setiap pemain menerima 300,000 euro (RM1.4juta).

Menjelang aksi Piala Dunia nanti, mereka tidak akan menerima sebarang bonus sekiranya menang di peringkat kumpulan atau 16 pasukan terbaik.

Namun sekiranya layak ke suku akhir, mereka secara automatik akan menerima 75,000 euro dan 125,000 euro bagi saingan separuh akhir.

Dan jika menang aksi final, setiap pemain bakal menerima 350,000 euro (RM1.8 juta).

Manakala sekiranya tewas, mereka akan menerima 200,000 setiap orang.

"Pengumuman awal ini amat perlu dan jelas sebelum kami memberi fokus," jelas pengurus pasukan, Oliver Bierhoff dalam satu kenyataan.

"Ia satu petanda yang baik supaya pemain dapat memberi prestasi terbaik."

Sekiranya Jerman menjuarai edisi 2018 di Rusia nanti, mereka bakal menjadi negara ketiga yang berjaya merangkul trofi tiga kali selepas Itali (1934-38) dan Brazil (1958-62).

Jerman diundi berada dalam Kumpulan F bersama Mexico, Sweden dan Korea Selatan.

Jerman, Joachim Loew

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Penganjur Acara Tamak - Karim

Artikel Lain