suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Ini Untuk Kamu” - Hazard

Hazard (kiri) dan Willian

EDEN Hazard dipilih sebagai Pemain Terbaik pada aksi kemenangan 3-1 ke atas Huddersfield awal pagi Rabu.

Tiga gol jaringan Pedro, Willian dan Tiemoue Bakayoko menyaksikan skuad bimbingan Antonio Conte itu menguasai kedudukan ketiga liga.

Biarpun tanpa sebarang gol, Hazard dipilih sebagai 'Man of The Match'.

Pun begitu Hazard yakin trofi pemain terbaik perlawanan itu sebenarnya patut diberikan kepada Willian yang menyumbat satu gol dan menjadi pembantu dalam dua jaringan lain.

"Tidak, tidak. Ini untuk kamu, kawanku. Kamu layak mendapatnya," jelas Hazard ketika ditemuramah oleh BT Sports.

Bagaimana pun Willian berkata: "Ia untuk anda'.

"Tidak. Ia untuk kamu!" ujar Hazard lagi sambil menyerahkan trofi itu kepada Willian dan kedua-duanya tersenyum.


Eden Hazard, Willian

Artikel Sebelum

Penganjur Acara Tamak - Karim

Artikel Berikut

Zahasmi Dapat Jawatan Baharu

Artikel Lain