suria

‘Jual Semula Bakayoko Ke Monaco’

ANTONIO Conte mempertahankan persembahan Tiemoue Bakayoko ketika Chelsea tewas 0-1 di tangan West Ham pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), malam Sabtu.

Namun prestasi hambar Bakayoko dikecam kebanyakan penyokong Chelsea.

Rata-rata mereka mahu bekas kelab Bakayoko, Monaco mendapatkan semula khidmat pemain berusia 23 tahun itu.

"Chelsea perlu menghantar Bakayoko kembali ke Monaco bulan depan. Mengapa mereka sanggup bazirkan wang sebanyak 40 juta pound sterling terhadapnya?," soal Greggles, salah seorang penyokong The Blues.

Bercakap selepas perlawanan itu, Conte menjelaskan ia adalah keputusan taktikal dan percaya Bakayoko telah bermain dengan baik.

"Namun apabila anda mendapati 11 pemain bermain di belakang bola dan anda tewas 0-1, amat penting untuk mengubah sesuatu untuk mencari jalan penyelesaian berbeza," katanya.

Bakayoko tiba di Stamford Bridge dengan nilai bidaan sebanyak 40 juta pound sterling dari Monaco pada musim panas lalu bagi menggantikan posisi yang ditinggalkan Nemanja Matic.

Conte bagaimanapun kecewa dengan keputusan pihak pengurusan Chelsea melepaskan Matic ke Manchester United yang dilihat semakin menyerlah di Old Trafford musim ini.

Tiemoue Bakayoko, Chelsea

Artikel Sebelum

TRW Risik Wan Kuzain?

Artikel Berikut

Artikel Lain