suria

Ancelotti Tunggu Conte Dipecat

CARLO Ancelotti kini dalam proses berhijrah semula ke London dan berminat untuk mengemudi Chelsea.

Namun dia hanya akan kembali ke Stamford Bridge sebaik sahaja Antonio Conte meninggalkan kelab itu secara rasmi.

Spekulasi Conte akan meninggalkan Chelsea pada hujung musim ini semakin hangat diperkatakan selepas dia enggan memperbaharui kontraknya.

Chelsea bermula hambar pada musim ini sekali gus menguatkan lagi khabar angin bahawa Conte akan dipecat lebih awal.

Ancelotti salah seorang calon yang dikatakan bakal mengisi kerusi panas itu.

Malah The Sun turut melaporkan bekas pengendali Bayern Munich itu sudah kembali ke London.

Dia sudah meninggalkan apartmennya di Jerman minggu ini dan menghantar kesemua barangnya ke sebuah rumah di London yang pernah didiaminya ketika mengemudi Chelsea pada 2009 dan 2011.

Ancelotti pernah melakar musim cemerlang bersama Chelsea tetapi dipecat tahun berikutnya selepas gagal membawa sebarang trofi untuk The Blues.

Malah Ancelotti juga dikatakan calon berpotensi untuk menggantikan Arsene Wenger jika pengendali Arsenal itu angkat kaki dari Emirates.

Antonio Conte, Carlo Ancelotti

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain