suria

Guardiola Dedah Pertemuan Rahsia Dengan Ferguson

MENJELANG pertembungan derby antara Manchester United dan Manchester City pada Ahad, Pep Guardiola mendedahkan pertemuan rahsianya dengan bekas pengendali Red Devils, Sir Alex Ferguson.

Pertemuan itu diadakan di sebuah restoran di New York pada 2012 semasa Guardiola berehat panjang selepas meninggalkan Barcelona.

Ferguson mendedahkan dia meminta Guardiola menghubunginya mengenai potensi untuk menggantikan tempatnya di Old Trafford.

Namun, bekas pengendali Barcelona itu membuat keputusan untuk menyertai Bayern Munich pada 2013.

"Tahap penguasaan bahasa Inggeris saya ketika itu agak lemah berbanding sekarang dan mungkin saya tidak faham apa yang diberitahu Sir Alex Ferguson.

"Kami bertemu di sebuah restoran untuk makan malam dan saya fikir dia mencadangkan sesuatu kepada saya mengenai perpindahan ke Old Trafford.

"Saya benar-benar lupa. Namun kami bercakap mengenai kehidupan, bola sepak dan Liga Perdana.

"Namun tiada mesej dihantar kepada saya mengenai tawaran ke United. Saya masih ingat mengenai perkara itu. Ia hanya sekadar pertemuan dua sahabat dalam bola sepak, berbual mengenai banyak perkara.

"Saya masih lagi ingat Sir Alex bercakap dengan pantas dan agak sukar untuk saya fahami kata-katanya," kata Guardiola.

Guardiola memilih untuk menyertai Bayern Munich pada 2013 hingga 2016 sebelum mengikat kontrak tiga tahun dengan City pada 1 Februari tahun lalu.

Pep Guardiola, Sir Alex Ferguson

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ancelotti Tunggu Conte Dipecat

Artikel Lain