suria

Cheng Hoe Ganti Vingada

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mengambil masa panjang untuk mencari pengganti Nelo Vingada selaku Ketua Jurulatih Harimau Malaya.

Pembantu jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe secara rasmi dilantik menggantikan Vindaga pada Khamis.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dalam satu kenyataan mengumumkan bekas pengendali Kedah itu dilantik jurulatih baharu Harimau Malaya.

"Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Tan Cheng Hoe atas perlantikan beliau menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya yang baharu," ujarnya ringkas.

Pada Rabu, pengendali kelahiran Portugal itu meletak jawatan selaku ketua jurulatih kebangsaan berkuatkuasa serta-merta selepas tujuh bulan bersama skuad negara.

Sementara itu, nama Cheng Hoe bukanlah asing bagi bola sepak tempatan kerana mempunyai pengalaman luas bersama skuad kebangsaan, malah mempunyai rekod cemerlang bersama Kedah selepas memacu pasukan itu menjulang trofi Piala Malaysia musim lalu.

Cheng Hoe dilantik sebagai pembantu jurulatih Harimau Malaya pada 5 April, manakala Vingada dilantik membimbing skuad negara pada 15 Mei 2017.

Tan Cheng Hoe

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Europa

Artikel Berikut

Artikel Lain