suria

Apek Rindu Sarung Jersi Negara

PETALING JAYA: Penjaga Gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat mengidam untuk kembali beraksi bersama Pasukan Bola Sepak Kebangsaan pada tahun hadapan.

Khairul Fahmi yang lebih dikenali dengan panggilan 'Apek' pernah membantu mengharumkan nama negara ketika menjuarai Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 dan juara  Sukan SEA 2011 bertekad untuk bekerja keras lebih keras Liga Malaysia 2018 bagi memikat perhatian ketua jurulatih kebangsaan.

“Saya rindu untuk kembali beraksi mewakili negara di peringkat antarabangsa dan saya berjanji akan melakukan yang terbaik sekiranya terpilih untuk menyarung kembali jersi kebangsaan.

“Saya akan terus komited melakukan latihan bagi meningkatkan prestasi diri ke tahap yang terbaik serta membantu pasukan Kelantan pada saingan Liga Malaysia pada tahun akan datang," ujarnya dalam satu majlis 'Minum Yakult Sihat Sokmo' baru-baru ini.

Khairul Fahmi (tujuh dari kanan) bersama pemenang program 'Minum Yakult Sihat Sokmo' minggu lalu.

Mengulas berkenaan pengurusan baharu majikan negerinya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Apek  mengharapkan agar para peminat bola sepak Kelantan bersabar dan memberikan sedikit masa bagi melakukan yang terbaik.

“Saya berharap agar peminat bola sepak Kelantan dapat bersabar serta memberikan sepenuh sokongan kepada pengurusan baru ini.

"Saya yakin mereka akan melakukan yang terbaik bagi mengembalikan kegemilangan bola sepak Kelantan," tambah pemain berusia 28 tahun itu.

Selain itu, sejumlah 51 buah sekolah di Kelantan telah mengambil bahagian dalam peraduan tersebut di mana SMK Pangkal Kalong, Ketereh, Kelantan telah muncul sebagai Johan dengan membawa pulang hadiah Lawatan ke Jepun selama lima hari empat malam.


Apek, Khairul Fahmi, Harimau Malaya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tan Cheng Hoe Layak Ganti Vingada

Artikel Lain