suria

Rusia Berdepan Larangan Olimpik 2018

Thomas Bach.

JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsa (IOC) mengumumkan bahawa pasukan Rusia berdepan larangan (ban) pada Sukan Olimpik (Musim Sejuk), namun atlet negara itu dibolehkan bersaing atas tiket neutral.

Keputusan itu adalah susulan siasatan dan laporan yang disebut IOC sebagai 'manipulasi sistemik sistem anti-doping di Rusia'.

Individu yang boleh membuktikan mereka bersih akan dijemput untuk mengambil bahagian di bawah bendera neutral dan dirujuk sebagai 'atlet Olimpik dari Rusia'.

"Ini harus menjadi satu garisan bagi 'episod yang merosakkan' dan menjadi pemangkin untuk sistem anti-doping yang diketuai oleh Agensi Anti Doping Dunia (Wada) agar dilaksanakan dengan lebih berkesan," kata presiden IOC, Thomas Bach.

IOC juga memutuskan untuk menggantung presiden Jawatankuasa Olimpik Rusia, Alexander Zhukov sebagai ahli IOC dan Timbalan Perdana Menteri Rusia, Vitaly Mutko juga berdepan larangan daripada sebarang penyertaan di Sukan Olimpik pada masa akan datang.

Kebanyakan tokoh sukan Rusia berang dengan keputusan itu, dengan Alexander Zubkov yang juga selaku presiden Federasi Bobsleigh Rusia memberitahu Reuters: "Saya terkejut dengan apa yang sedang berlaku dan keputusan Thomas Bach mengenai negara dan atlet kami."

Keputusan IOC hanya dibuat selepas 18 bulan badan itu menolak larangan langsung para atlet Rusia pada sukan Olimpik Rio de Janeiro 2016 dan memberitahu persekutuan sukan antarabangsa untuk memutuskan secara individu mengenai penyertaan atlet negara itu di Brazil. - Eurosport

Rusia, Olimpik 2018

Artikel Sebelum

Chelsea Kena Kerja Lebih Keras

Artikel Berikut

Keputusan Liga Juara-Juara

Artikel Lain