suria

Hazard 'Tunggu' Real, Tangguh Lanjutan Kontrak

-fotoAFP

EDEN Hazard dilaporkan enggan menandatangani perjanjian baharu di Chelsea dengan harapan Real Madrid akan mengambil langkah untuk menandatanganinya pada musim panas akan datang.

The Blues sanggup menawarkannya £300,000 seminggu untuk dia kekal di Stamford Bridge, satu rekod angka untuk kelab itu.

Hazard, 26, percaya peluangnya untuk bermain dengan kelab gergasi Sepanyol itu akan lenyap jika dia menandatangani lanjutan kontraknya yang masih berbaki selama dua setengah tahun.

Bos Real Zinedine Zidane adalah peminat Hazard dan Chelsea sentiasa berharap agar pengurus dari Perancis itu tidak lagi bertanggungjawab mengendalikan kelab itu musim panas depan, menurut The Times.

Rakan sepasukan Hazard di Chelsea yang juga rakan senegaranya Thibaut Courtois di Belgium juga menangguhkan lanjutan kontrak sehingga berkahirnya saingan Piala Dunia di Rusia pada musim panas depan.

Hazard bagaimanapun tetap gembira bersama kelab London barat itu dan tidak tergesa-gesa untuk meninggalkan kelab, selain Chelsea juga menghormati keinginannya untuk memastikan pilihannya terbuka. -talkSport

Eden Hazard, Zinedine Zidane

Artikel Sebelum

Artikel Lain