suria

Pemilik Arsenal 'Belanja' Majlis Kahwin Anak Buah

-fotoCentralEuropeanNews

PEMILIK Arsenal Alisher Usmanov berbelanja besar untuk majlis perkahwinan anak saudaranya yang berkahwin dengan bintang tenis, dengan mengadakan majlis perkahwinan mewah dihiasi candelier kristal dan berkonsepkan istana dongeng.

Usahawan kelahiran Uzbekistan berusia 64 tahun itu mengeluarkan wang untuk perkahwinan mewah dan indah Ganya Usmanova, 24, yang berkahwin dengan bintang tenis Uzbekistan Vazha Uzakov, 29.

Alisher Usmanov. -fotoReuters

Semua tetamu terpesona dengan pengantin perempuan ketika upacara ikrar apabila dia mengenakan gaun berlapis dihias permata putih, satu dari tiga pakaian yang digayakannya sepanjang majlis itu.

Perkahwinan itu yang berlangsung di ibu kota Uzbekistan, Tashkent, menyaksikan para tetamu menari di sekitar istana dongeng dihiasi gubahan bunga dan pencahayaan yang menakjubkan.

-fotoCentralEuropeanNews

Sesetengah tetamu terkejut hanya selebriti Uzbek yang diminta untuk tampil di majlis itu, tanpa kehadiran tetamu dari negara jiran Rusia, di mana Usmanov mencipta kekayaannya.

Pengantin lelaki, Uzakov dikenali sebagai simbol seks di Uzbekistan tetapi ada juga netizen tidak menganggapnya sebegitu.

"Saya tidak akan memanggilnya sebagai simbol seks, dia biasa-biasa saja. Ramai lagi orang Uzbek yang jauh lebih kacak," tulis seorang pengguna media sosial.

"Wanita muda ini juga biasa-biasa saja, satu-satunya perkara yang membuatnya menonjol kerana dia anak saudara kepada jutawan. Lelaki ini berjaya menjamin masa depannya yang baik," tulis seorang lagi pengguna.

-fotoCentralEuropeanNews

Seorang lagi netizen menulis: "Kecantikan adalah perkara relatif tetapi wang dan status mengubah semuanya."

Usmanov yang mempunyai nilai kekayaan £10.35 bilion memiliki kapal layar terbesar di dunia, berukuran satu setengah kali ganda panjang padang bola sepak di Emirates.

Dia memperolehi kekayaannya dalam industri perlombongan dan meningkatkan pegangannya dalam Arsenal kepada 30 peratus tahun lalu selepas kali pertama membeli saham pada 2007. -TheSun


Alisher Usmanov, Ganya Usmanova

Artikel Sebelum

Francis Tinggalkan West Brom

Artikel Berikut

Artikel Lain