suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Yakin Dapat Sambar Rose

JOSE Mourinho yakin Manchester United akan memuktamadkan perpindahan Danny Rose bernilai 50 juta pound sterling dari Tottenham Hotspur pada Januari depan.

Pengendali dari Portugal itu begitu terdesak untuk memperkukuhkan skuadnya dalam usaha memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

United hampir mendapatkan khidmat Rose pada musim panas lalu tetapi rundingan gagal dimuktamadkan memandangkan pemain itu masih bergelut dengan kecederaan.

Malah pada masa sama, Pengurus Spurs Mauricio Pochettino enggan melepaskan pemain pertahanan itu.

Spurs sudah melepaskan Kyle Walker ke Manchester City dan Pochettino mahu mengekalkan Rose bersama kelab itu.

Namun pemain berusia 27 tahun itu jarang diturunkan dalam skuad utama musim ini selepas mengeluarkan kenyataan mengejutkan mengenai struktur gaji kelab dalam satu temubual bersama The Sun.

Jose Mourinho, Danny Rose

Artikel Sebelum

Marion Caunter Dilantik Penaung MGF

Artikel Berikut

Pogba Tidak Akan Rayu

Artikel Lain