suria

Francis Tinggalkan West Brom

JURULATIH West Bromwich Albion, Gerry Francis akan meninggalkan kelab Liga Perdana tersebut selepas menolak tawaran untuk kekal dan bekerja di bawah pengurus baharu, Alan Pardew disebabkan oleh 'kewajipan moral', kata lelaki berusia 56 tahun itu.

Francis menyertai pasukan jurulatih majikan West Brom, Tony Pulis pada 2008 dan telah bekerjasama dengannya sepanjang karier di Stoke City dan Crystal Palace.

Pulis mengambil alih West Brom pada Januari 2015 namun dilucutkan jawatan pada bulan lalu selepas kelab tersebut mendapat keputusan corot di kedudukan ke-17, hanya tiga mata di atas zon penurunan dan tidak pernah memenangi mana-mana 13 liga yang disertai pasukan itu.

Pardew pula dilantik menjadi pengurus baharu kelab tersebut pada minggu lalu.

"Saya rasa kecewa dan tidak boleh menerima Alan Pardew dan tawaran West Brom untuk kekal di kelab ini kerana kewajipan moral di pihak saya.

"Saya pasti Alan dan barisan pemain yang berbakat akan mengubah nasib kelab ke arah yang betul dan memanjat semula tangga carta," kata Francis kepada Sky Sports.

Gerry Francis

Artikel Berikut

Artikel Lain