suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chelsea Kena Kerja Lebih Keras

CHELSEA menduduki tempat kedua dalam kumpulan Liga Juara-Juara selepas seri 1-1 dengan Atletico Madrid sekaligus menyebabkan mereka menghadapi cabaran sukar dalam pusingan seterusnya.

The Blues perlu memastikan kemenangan di Stamford Bridge ketika menentang Huddersfield Town pada malam Selasa.

Ini kerana Roma sudahpun mengalahkan Qarabag di Itali sekaligus membuatkan Giallorossi mengungguli carta Kumpulan C.

Rekod pasukan itu lebih baik berbanding Chelsea, setelah kedua-dua pasukan tersebut menyelesaikan perlawanan dengan 11 mata.

Manakala, Atletico pula gagal melayakkan diri ke tangga ke-16 pada masa penamat dalam tempoh lima musim ini.

Saul memberikan Atletico peluang mendahului perlawanan dengan hantaran pendek pada minit ke-56 sebelum tendangan Hazard dilencongkan oleh Stefan Savic yang akhirnya menghadiahkan keputusan seri buat Chelsea.

Andreas Christensen dan Willian kedua-duanya mempunyai peluang cemerlang untuk menjaringkan gol tetapi mereka gagal dan ini bermakna Blues akan berdepan sama ada dengan Paris Saint-Germain, Barcelona atau Besiktas pada pusingan seterusnya. - Eurosport

Chelsea

Artikel Sebelum

Mourinho Gembira Dengan Lukaku

Artikel Berikut

Artikel Lain