suria

Tiga Muka Baharu Perkuat TRW

Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad.

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) membawa masuk tiga lagi muka baharu untuk memantapkan skuad The Red Warriors (TRW) bagi menghadapi aksi Liga Malaysia 2018 yang lebih kompetitif.

Presidennya, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata ketiga-tiga pemain itu adalah Muhammad Haikal Mohamad Nazri (Felcra FC), Ahmad Sukri Ab Hamid (PKNP FC) dan Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad (Sime Darby).

Ketiga-tiga mereka menandatangani kontrak bersama TRW disaksikan Setiausaha Agung Kafa, Hussin Deraman petang Rabu.

“Mereka baru sahaja menandatangani kontrak dengan Kelantan sebentar tadi. Haikal dan Ahmad Sukri akan memperkuat Kelantan selama dua musim manakala Qayum semusim,” katanya kepada mStar Online.

Bibi berkata, dengan kehadiran ketiga-tiga pemain itu diharap dapat memperkemaskan lagi posisi tengah dan bek kiri pasukan TRW musim depan.

“Jadual Liga Malaysia 2018 pasti padat, jadi kita memerlukan beberapa pemain di beberapa posisi terlibat meskipun kita sudah ada pemain utama,” katanya.

Malah, beliau berkata, pemilihan ketiga-tiga pemain itu bersesuaian dengan misi Kafa yang mahu berbelanja secara berhemah di bawah pengurusan baharu.

“Kalau kita mahu sambar semua pemain utama pasti semua kos akan meningkat. Jadi kita ambil pemain bawah sedikit daripada level pemain utama.

“Kita percaya dengan kualiti yang ada pada mereka, tidak mustahil prestasi mereka akan meningkat andai diberi ruang dan peluang untuk beraksi,” katanya.


Bibi, Kafa, TRW

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Nelo Vingada Letak Jawatan

Artikel Lain