suria

Perlawanan Spurs-West Ham Ditunda?

Stadium Wembley. Foto Reuters

PERLAWANAN Tottenham Hotspur menentang West Ham United pada malam Tahun Baharu telah diubah kepada 4 Januari di atas sebab keselamatan, menurut Liga Perdana Inggeris pada Isnin.

Liga itu membuat keputusan berkenaan selepas Kumpulan Penasihat Keselamatan di Stadium Wembley hanya dapat mengesyorkan jumlah maksimum penonton seramai 43,000 bagi tarikh asal, yang mana kurang daripada separuh kapasiti.

"Liga memilih perlawanan pada 31 Disember dengan menjangkakan kapasiti biasa orang ramai dapat hadir," menurut Liga Perdana Inggeris dalam satu kenyataan.

"Bagaimanapun, walaupun ada usaha yang signifikan untuk mencapai perkara ini, akhirnya Kumpulan Penasihat Keselamatan di Stadium Wembley hanya boleh mengesyorkan jumlah maksimum hadirin seramai 43,000 orang."

Sebab utama keputusan itu adalah isu pengangkutan, terutama di stesen-stesen kereta api bawah tanah Tube.

Perlawanan itu diadakan dua hari selepas Spurs berkunjung ke Swansea City.

Artikel Sebelum

Piala FA: Liverpool Jumpa Everton

Artikel Berikut

Felda United Ke Liga Perdana

Artikel Lain