suria

Conte Bimbang Hilang Khidmat Hazard, Courtois

ANTONIO Conte mahu Chelsea memperbaharui kontrak Eden Hazard dan Thibaut Courtois sebelum kedua-dua pemain kebangsaan Belgium itu beraksi pada saingan Piala Dunia tahun depan.

Hazard dan Courtois dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid sejak kebelakangan ini dan kelab gergasi Sepanyol itu dilaporkan akan memantau setiap perkembangan mereka di Rusia nanti.

Kontrak Courtois akan memasuki tahun akhir pada musim panas akan datang dan dia dilihat enggan memperbaharui kontraknya di Stamford Bridge.

Thibaut Courtois.

Sementara itu, Hazard pula masih ada baki kontrak kurang dua tahun bersama Chelsea.

"Kelab ini mengetahui kepentingan dua pemain tersebut. Jadi saya fikir dua pemain ini amat gembira beraksi untuk kelab ini.

"Adalah menjadi kebiasaan pada satu musim untuk berhubung dengan pemain atau ejen mereka dan juga kelab. Saya harap akhirnya, Thibaut akan memperbaharui kontraknya.

"Jika anda tanya saya mengenai dua pemain ini, saya amat gembira apabila mereka setuju memperbaharui kontrak tetapi ia tanggungjawab kelab untuk cuba memujuk mereka.

Eden Hazard.

"Saya hanya boleh memberikan pendapat dan bagi saya kedua-dua pemain ini adalah pemain hebat kerana mereka mempunyai banyak ruang untuk melakukan perubahan.

"Mereka masih lagi muda dan sudah tentu ia satu kelegaan apabila mereka kekal bersama dengan kita," kata Conte.

Hazard menunjukkan prestasi memberangsangkan sejak kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaaannya.

Dia turut menjaringkan dua gol ketika Chelsea menang 3-1 ke atas Newcastle United.

Artikel Sebelum

Felda United Ke Liga Perdana

Artikel Berikut

Artikel Lain