suria

Tandukan Penjaga Gol Bantu Benevento Ikat AC Milan

BENEVENTO mungkin perlu membina patung penjaga gol Alberto Brignoli untuk diletakkan di luar stadium selepas aksi memukaunya ke atas AC Milan.

Penjaga gol berusia 26 tahun itu muncul penyelamat Benevento apabila menanduk masuk gol penyamaan untuk membantu pasukan tersebut mengikat AC Milan 2-2.

Benevento turun berdepan Milan dengan rekod 14 kekalahan dan perbezaan 27 gol.

Benevento nyaris dimalukan Milan apabila anak buah Gennaro Gattuso berada di depan dengan 2-1 sebelum Brignolo mengubah nasib mereka di Stadio Ciro Vigorito pada minit ke-95.

Gol tersebut membolehkan Benevento mengutip satu mata berharga pada aksi Serie A musim ini.

Kecekapan Brignoli itu ternyata mengejutkan Gattuso yang seakan-akan tidak percaya dengan keajaiban tersebut.

Dengan keputusan seri itu, Milan berada di tangga kelapan Serie A manakala Benevento di kedudukan paling corot selepas hanya mengutip satu mata.

Alberto Brignoli, Benevento

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ronaldo Naik Angin Lagi

Artikel Lain