suria

Ozil Luah Kecewa

SUSULAN kekalahan di tangan Manchester United pada aksi Liga Perdana Inggeris Sabtu lalu, Mesut Ozil menggunakan media sosial untuk menyatakan rasa tidak puas hatinya mengenai perkara itu.

Pemain kebangsaan Jerman itu diturunkan Arsene Wenger ketika Arsenal tewas 1-3 kepada United yang menyaksikan pasukan itu ketinggalan 15 mata di belakang pendahulu, Manchester City.

Masa depan Ozil di Emirates masih menjadi tanda tanya selepas dia enggan memperbaharui kontraknya.

Malah dia turut dikaitkan dengan perpindahan secara percuma ke United apabila kontraknya tamat pada hujung musim ini.

Meskipun dikaitkan bakal meninggalkan Arsenal, Ozil tetap mempamerkan aksi bertenaga pada perlawanan tersebut.

Ozil mengakui dia amat kecewa selepas kekalahan itu dan kesal dengan tindakan rakan pasukannya yang melepaskan beberapa peluang untuk merapatkan kedudukan.

"Sehari selepas perlawanan itu saya masih kecewa mengenai keputusan tersebut.

"Kami bermain dengan bagus dan menguasai perlawanan tetapi melepaskan begitu banyak peluang.

"Gol ketiga membunuh kami tetapi kami perlu teruskan permainan. Terima kasih di atas sokongan anda The Gunners," katanya di Twitter.

Mesut Ozil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Piala FA

Artikel Lain