suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pogba Anggap Koscielny Punca Dilayang Kad Merah

PAUL Pogba dikatakan kecewa kerana Laurent Koscielny mengakibatkan dia diarah keluar padang pada separuh masa kedua perlawanan  menentang Arsenal.

Kekecewaan Pogba itu didedahkan pengendali Manchester United, Jose Mourinho selepas perlawanan menentang Arsenal.

Pemain tengah United itu turut menyumbang kepada kemenangan 3-1 di Stadium Emirates apabila pasukannya mendapat mata penuh pada awal pagi Ahad.

Pogba memulakan gerakan yang menghasilkan gol yang dijaringkan Antonio Valencia dan Jesse Lingard bagaimanapun tidak dapat bersama pasukannya dalam tiga perlawanan seterusnya.

Ia susulan kad merah yang dilayangkan pengadil, Andre Marriner apabila Pogba cuba mengelecek Hector Bellerin ketika perlawanan berbaki 15 minit.

Bagaimanapun, dakwa Mourinho, pemainnya kecewa kerana Koscielny dianggap cuba mempengaruhi pegawai perlawanan yang mengakibatkan dia mendapat kad merah.


Pogba, Arsenal

Artikel Sebelum

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berikut

Artikel Lain