suria

Man United Benam Arsenal, Lingard Jaring Dua Gol

Jesse Lingard menjaringkan gol ketiga buat Manchester United ketika menentang Arsenal di Stadium Emirates, London, awal pagi Ahad. Foto Reuters

KELAB Arsenal dilihat mendominasi di awal permainan tetapi diatasi oleh gol pembukaan pemain Manchester United, Antonio Valencia pada minit keempat.

Dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris itu, Red Devils menewaskan The Gunners dengan 3-1.

Dalam masa 12 minit pertama, pasukan di bawah pengurus Jose Mourinho mencatatkan dua gol, menerusi jaringan kedua oleh Jesse Lingard (11').

Arsenal hanya mampu mengejar meraih satu gol dibantu Alexandre Lacazette pada minit ke-49.

Lingard sekali lagi membolosi gawang lawan pada minit ke-63.

Sehingga ke akhir pemainan di Stadium Emirates, London, Manchester United kekal dengan 3-1.

Manchester United kini di tangga kedua dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris dengan 35 mata, manakala Arsenal dua tangga di belakang meraih 28 mata.

Artikel Sebelum

Keputusan Piala FA

Artikel Berikut

Artikel Lain