suria

Kekasih Maradona Dikecam Pakai Baju Bulu Harimau

Maradona (kanan) tiba di Kremlin di Moscow bersama teman wanitanya, Rocio Olivia untuk undian kumpulan pasukan Piala Dunia 2018. Foto Reuters

TEMAN wanita legenda bola sepak Argentina Diego Maradona dikecam kerana memakai baju bulu harimau sewaktu menghadiri majlis undian kumpulan pasukan Piala Dunia 2018.

Rocio Olivia tiba bersama bekas penyerang Argentina itu di Kremlin, Moscow di Rusia pada Jumaat.

Maradona pula berpakaian sut hitam dengan bow tie kuning. 

Pakaian Rocio daripada bulu haiwan itu mengundang kemarahan netizen.

Seorang netizen menulis di Twitter: "Betapa menjijikkan! Rocio Olivio pakai kot bulu. Dia tak fikir ke?

Sementara itu, Flor Vincenti pula menambah: "Tiada sesiapa yang mahu menasihatkan Rocio Olivio mengenai gayanya? Tolonglah!!!" 

Malah Rocio turut mendapat kritikan daripada aktivis kumpulan pelindung haiwan yang menyifatkan pemakaian bulu tersebut adalah tidak wajar. - Mail Online

Diego Maradona, Rocio Olivia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain