suria

Perisic Dedah Punca Tolak Lamaran United

IVAN Perisic membuat keputusan untuk kekal bersama Inter Milan selepas dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United pada musim panas lalu.

Pemain kebangsaan Crotia itu menjaringkan tujuh gol dan mencipta peluang gol sebanyak enam kali dalam 15 penampilan awal Serie A musim ini.

Malah dia turut menjaringkan hatrik ketika Inter menang 5-0 ke atas Chievo pada Ahad, sekali gus meletakkan pasukan itu di kedudukan teratas Serie A.

Jose Mourinho begitu terdesak untuk mendapatkan khidmat Perisic tetapi rundingan tersebut gagal dimuktamadkan selepas pemain berusia 28 tahun itu memutuskan untuk kekal di San Siro.

Keputusan Perisic untuk kekal ternyata membuahkan hasil apabila pasukan itu mengungguli tangga teratas buat pertama kalinya dalam tempoh dua tahun.

Dan Perisic mendedahkan pengurus Inter, Luciano Spalletti menjadi punca dia menolak perpindahan ke Old Trafford.

"Spalletti beritahu kami bahawa setiap pemain amat penting dan kami berjaya membuktikannya dalam setiap kemenangan.

"Spalletti amat penting dalam meyakinkan saya untuk kekal," katanya.

Sejak itu Perisic menandatangani kontrak baharu bersama Inter yang menyaksikan dia kekal bersama kelab gergasi Itali itu sehingga 2022.

"Kami perlu terus kekal begini kerana kami menunggu masa yang lama untuk berada di tahap ini dan kini kami mahu menang ke atas Juventus," katanya.

Ivan Perisic, Inter Milan

Artikel Sebelum

Ronaldo Naik Angin Lagi

Artikel Berikut

Ozil Luah Kecewa

Artikel Lain