suria

Perit, Tapi Tak Serik - Zahasmi

PETALING JAYA: Status pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail bersama pasuukan itu akhirnya terutai dalam situasi yang baik.

Zahasmi,50, memberitahu kontraknya bersama The Red Warriors (TRW) berakhir pada Khamis, 30 November.

"Semuanya sudah berakhir semalam (Khamis). Buat masa sekarang saya mahu berehat.

"Setakat ini saya belum terima sebarang tawaran untuk mengendalikan pasukan. Mereka (pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan) ada minta saya untuk menguruskan skuad Piala Belia, tetapi belum ada sebarang hitam putih.

"Tak apa, lagi pun seperti yang saya beritahu sebelum ini, saya ingin berehat seketika," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Bagaimanapun bekas pemain pertahanan Kelantan ini berkata, menguruskan skuad Kelantan adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan.

"Sepanjang bergelar jurulatih (sejak 2009), inilah pengalaman yang sangat memeritkan.

"Ketika itu saya bertahan kerana situasi. Tetapi sampai satu tahap saya terpaksa ambil rehat. Banyak perkara yang perlu difikirkan.

"Dari segi pemain, memang tidak ada masalah. Cuma masalah yang timbul daripada pasukan itu sendiri.

"Pasukan bermaksud dari segi pengurusan itu sendiri.

"Tetapi saya anggap semua pengalaman itu ada pengajaran yang bermakna buat saya. Lagi pun dalam bola sepak situasi seperti ini memang biasa berlaku.

"Jadi, tidak rasa serik dalam diri saya," tambahnya.

Dalam pada itu, Zahasmi mengharapkan TRW bangkit selepas ini.

"Bola sepak ni bukan satu kedudukan yang kekal, tak kiralah pemain ke, jurulatih atau pengurusan sendiri.

"Ada masa di depan, ada masa kita di belakang. Dan bola sepak juga bukan sebuah pasukan kebajikan. Hari ini anda bagus, hari inilah orang akan nampak.

"Orang tidak akan tengok rekod yang lepas-lepas. Jadi gunalah peluang yang ada ini sebaik-baiknya," ujarnya.

Zahasmi mengambil alih tugas utama dalam skuad TRW daripada Alfredo Gonzales pada Julai lalu.

Namun pada 13 Oktober lalu, Zahasmi yang membuat keputusan untuk berehat seketika berdasarkan pelbagai masalah timbul ketika itu yang turut menyaksikan kedudukan pasukan menghampiri zon penyingkiran.

Zahasmi, TRW

Artikel Sebelum

Stepanek Pilihan Djokovic

Artikel Berikut

Artikel Lain