suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan Sebab Duit - Can

EMRE Can mendedahkan dia boleh meneruskan kariernya di Liverpool, namun enggan berbuat demikian.

Kontrak pemain tengah itu bakal berakhir penghujung musim ini seterusnya menjadi pemain bebas.

Pemain antarabangsa Jerman itu berkata, ia bukan berkaitan dengan duit apabila memutuskan tidak mahu menyambung kontraknya di Anfield.

Pemain berusia 23 dilaporkan akan ke Juventus atau berpindah ke Serie A.

"Kenapa perlu menanyakan soalan ini kepada saya? Saya hanya mahu menumpukan perhatian kepada aksi musim ini dan ejen saya akan menguruskan semuanya.

"Ia bukan mengenai duit, itu sahaja yang boleh saya jelaskan. Ya, saya boleh menandatangani pra kontrak dengan kelab lain bulan depan, tetapi esok (Jumaat) saya juga boleh adakan kontrak dengan Liverpool. Kita akan lihat nanti," ujarnya kepada Liverpool Echo.

Liverpool, Emre Can

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain