suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manchester United, Barcelona Berebut Bintang Chelsea

MANCHESTER United perlu bersaing dengan Barcelona untuk mendapatkan bintang Chelsea selepas kelab gergasi Sepanyol itu juga mahukan khidmat pemain berkenaan.

Barcelona yang turut mahukan Philippe Coutinho dari Liverpool kini menjadikan Willian sebagai sasaran seterusnya.

Willian yang juga pemain Braqzil itu merupakan pemain penting Chelsea khususnya ketika diterajui Jose Mourinho.

Bagaimanapun, nasibnya berbeza selepas skuad berkenaan dipimpin Antonio Conte sejak musim lalu apabila sering memanaskan bangku simpanan.

Berikutan itu, Willian kini dilaporkan tidak gembira dan sedia meninggalkan Stamford Bridge bagi memastikan masa depan kariernya terjamin.

Usaha Mourinho untuk membawa pemain ke Old Trafford juga tidak menjadi sesuatu yang mustahil kerana Nemanja Matic membuktikan hubungan jurulatih berkenaan dengan pemain Chelsea.

Namun, usahanya tidak begitu mudah kali ini kerana Barcelona yang semakin terdesak untuk memperkemaskan semula skuad berkenaan juga mahukan Willian.


Chelsea, Manchester United, Barcelona

Artikel Sebelum

Conte Minta Maaf

Artikel Lain