suria

Durian Runtuh Young Setahun Selepas...

Ashley Young. Foto Reuters

ASHLEY Young menjadi lebih tumpuan dalam perpindahan jendela Januari depan selepas beliau menolak tawaran £12 juta (RM65.86 juta) setahun daripada kelab dari China, Shandong Luneng.

Pemain berumur 32 tahun itu menunjukkan prestasi cemerlang semasa pasukannya Manchester United menentang kelab lamanya, Watford pada Selasa lalu.

Dalam perlawanan di Vicarage Road itu, Manchester United menewaskan Watford dengan 4-2, dan dua daripada jaringan itu menerusi aksi Young.

Manchester United dijangka melanjutkan kontrak Young selama 12 bulan berjumlah £120,000 (RM658,583) seminggu.

Kontrak tersebut sekali gus mengikat Young di Old Trafford sehingga musim panas 2019.

Bagaimanapun difahamkan wakil Young mahu tambahan setahun lagi berikutan pemain itu akan berumur 33 tahun pada Julai tahun depan.

Persiapan untuk menyediakan kontrak lanjutan buat Young hanya selepas setahun beliau menolak tawaran Shandong Luneng.

Selain kelab dari China, kelab lain di Sepanyol termasuk Roma berminat dengan Young pada musim panas, susulan Young dikatakan bersedia untuk meninggalkan Old Trafford selepas kontraknya tamat. - Mail Online


Ashley Young

Artikel Berikut

Artikel Lain