suria

Tiga Gol Arsenal Dalam Empat Minit!

Aksi Alexandre Lacazette semasa menjaringkan gol pembukaan dalam perlawanan Arsenal menentang Huddersfield Town di Stadium Emirates, London pada awal pagi Khamis. Foto Reuters

ARSENAL menundukkan Huddersfield dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Khamis dengan 5-0 di Stadium Emirates, London.

Namun apa yang lebih membanggakan apabila tiga daripada lima gol diraih anak buah Arsene Wenger dalam masa hanya empat minit.

Gol pembukaan dilakukan oleh Alexandre Lacazette seawal tiga minit pertama perlawanan menerusi hantaran bola daripada Aaron Ramsey.

Tiga gol dalam masa empat minit pula menerusi jaringan Olivier Giroud (68'), Alexis Sanchez (69') dan Mesut Ozil (72').

Giroud sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-87.

Arsenal kini menduduki tangga keempat Liga Perdana Inggeris dengan 28 mata. - Mail Online



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain