suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho Terkejut Pogba Beri ‘Laluan’

JOSE Mourinho mengakui bahawa dia terkejut apabila Paul Pogba membenarkan Ashley Young untuk melakukan tendangan percuma ketika menentang Watford.

Pemain sayap Manchester United yang berusia 32 tahun itu berjaya menghantar tendangan cantik dari jarak jauh.

Pengatur taktik kelahiran Portugis itu tidak boleh menyembunyikan perasaan terkejutnya terhadap serangan bekas pemain Aston Villa ke atas bekas kelabnya.

Bagaimanapun, Mourinho mengakui bahawa Yong sememangnya mampu melakukan tendangan percuma dengan baik ketika latihan.

"Young berlatih melakukan tendangan bebas dan kadar penukarannya dalam latihan adalah bagus, jadi ia sesuatu yang baik apabila dia mempunyai keyakinan untuk melakukannya selepas menghadiahkan gol pertama.

"Pada umurnya, Young bermain lebih baik dari sebelumnya dan saya berasa sangat gembira untuk dia," kata pengurus United itu.

Young membuka jaringan dengan kejutan di luar jangkaan dari luar kotak penalti sebelum melangkah bersama Pogba di pertengahan babak pertama selepas pemain antarabangsa Perancis itu memperolehi tendangan bebas.

Kebiasaannya Pogba akan mencuba nasib melakukan tendangan seperti itu, namun dia membenarkan Young untuk merebut peluang tersebut. - Metro UK

Ashley Young, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain