suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Poster Piala Dunia 2018 Papar Legenda Lev Yashin

PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) pada Selasa memperkenalkan poster rasmi Piala Dunia 2018.

Pelancaran dibuat kurang tiga hari sebelum undian bagi peringkat kumpulan temasya sukan yang bakal berlangsung di Moscow, Rusia tahun depan.

Poster tersebut direka oleh artis warga Rusia, Igor Gurovich, yang memaparkan legenda penjaga gol mendiang Soviet Union, Lev Yashin.

Yashin pernah bermain dalam empat penganjuran Piala Dunia sepanjang kariernya dan menjadi penjaga gol tunggal yang memenangi anugerah Ballon d'Or.

"Poster rasmi Piala Dunia FIFA 2018 merupakan cerminan sebenar kepada warisan seni dan bola sepak Rusia," kata Setiausaha Fifa, Fatma Samoura.

"Kami amat berbangga dengan aset mercu tanda yang indah ini, menggambarkan ikon penting di samping meraikan kejohanan akan datang di Rusia," katanya.

Pengerusi jawatankuasa penganjur tempatan Rusia 2018, Vitaly Mutko berkata, Lev Yashin dipilih sebagai simbol terbaik untuk bola sepak Rusia. 

Lev Yashin yang dilahirkan pada 1929 meninggal dunia pada 1990 semasa usianya 60 tahun. - telegraph

Piala Rusia, Lev Yashin, Fifa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Farhan Kekal Bersama TRW

Artikel Lain