suria

Conte Suka Tekanan

JURULATIH Chelsea, Antonio Conte berkata, dia akan menunggu untuk ditanya mengenai pendapatnya dan bukan membuat tuntutan bagi meningkatkan prestasi skuadnya pada Januari.

Conte sebelum ini menyatakan kekecewaannya di pasaran perpindahan musim panas Chelsea, terutamanya perbandingan dengan pengambilan pemain Manchester City.

Pasukan pimpinan Pep Guardiola mendahului juara Liga Perdana musim lalu dengan 11 mata selepas 13 perlawanan, dengan Chelsea menjadi tuan rumah ketika menentang Swansea pada malam Rabu.

"Jika suatu hari kelab cuba menanyakan sesuatu mengenai topik ini, saya dapat memberikan pendapat saya tetapi pada masa yang sama saya sangat gembira bekerja untuk kelab ini dengan pemain yang ada.

"Saya dan kelab tahu kami cuba membaiki mutu perlawanan untuk masa depan," kata Conte.

Kemenangan Manchester United 4-2 ke atas Watford pada malam Selasa menyaksikan pasukan Jose Mourinho memperolehi enam mata di depan Chelsea yang berada di tempat ketiga.

Chelsea pula tidak pernah ditewaskan dalam lima perlawanan terakhir mereka.

United membuatkan Conte tertekan dan pengurus dari Itali itu mengatakan bahawa tekanan adalah kunci untuk pasukannya berjaya.

Pengurus berusia 48 tahun itu berkata: "Matlamat kami adalah untuk mengejar pasukan yang berada di hadapan kami. Dalam kes ini, Manchester United ialah sasaran utama kami.

"Mentaliti menang perlu ada dalam setiap perlawanan, kita perlu cuba menang dan melakukan yang terbaik.

"Sekiranya tidak ada tekanan, saya memberi tekanan kepada diri saya sendiri, para pemain dan kelab kerana ia sesuatu strategi yang tepat," kata Conte. - Sky Sports

Antonio Conte, Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain