suria

Ramos Rayu Ozil Tidak Sertai Barca

Sergio Ramos.

BINTANG Real Madrid Sergio Ramos dilaporkan telah meminta Mesut Ozil untuk tidak menandatangani perjanjian dengan Barcelona.

Kontrak pemain dari Jerman itu akan tamat pada musim panas akan datang dan dia telah dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa kelab seperti Manchester United dan Barcelona.

Malah, Ozil mendakwa dia sudah mendapat 'tawaran serius' daripada United.

Ozil bebas untuk berunding dengan mana-mana kelab pada Januari depan jika dia tekad tidak memperbaharui kontraknya bersama Arsenal.

Kelab Catalan itu mungkin bersetuju untuk menandatangani perjanjian dengan Ozil pada Januari untuk menyertainya pada akhir musim ini, tetapi Arsenal dilaporkan berminat menjual pemain berusia 29 tahun itu pada tahun baru tidak lama lagi.

Menurut laporan Don Balon, Ramos secara peribadi telah menghubungi Ozil dalam usaha untuk memujuknya untuk tidak menyertai Barca.

Mesut Ozil. -fotoAFP

Pasangan ini pernah bermain bersama selama tiga tahun semasa Ozil berada di Bernabeu.

Dan Ramos akan menganggap perjanjian dengan Barca itu sebagai satu pengkhianatan jika bekas bintang Schalke itu menyertai pesaing utama Real Madrid.

Ramos percaya Ozil yang dikaitkan dengan pemain hebat seperti seperti Lionel Messi dan Luis Suarez akan membahayakan peluang kejuaraan pasukannya.

Hubungan kedua-dua mereka masih rapat dan menurut Marca, Ramos pernah mempertahankan rakannya itu dalam satu pertengkaran dengan bekas pengurus Jose Mourinho.

Don Balon melaporkan bahawa Ozil bagaimanapun tidak boleh membuat sebarang janji tentang masa depannya kerana tawaran Barcelona begitu 'menggoda'.

Ditambah pula dengan hasratnya untuk kembali ke Sepanyol, dia pasti melihat peluang itu sebagai langkah yang sempurna.

Ozil menunjukkan persembahan menakjubkan untuk Arsenal baru-baru ini, menjaringkan satu gol dan melakukan tiga assist dalam empat perlawanan terakhir Liga Perdana. -dailystar

Sergio Ramos, Mesut Ozil

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain