suria

Bale Mahu Beyonce

GARETH Bale mahukan penyanyi terkenal Beyonce membuat persembahan pada hari perkahwinannya.

Bale bakal melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya, Emma Rhys-Jones di Wales dan Itali selepas tamat aksi liga musim ini.

Wakil Bale dilaporkan sedang berbincang dengan penyanyi kelahiran Amerika Syarikat itu untuk mengadakan persembahan di Itali.

Bale bakal mengahwinan teman wanitanya selepas tamat liga musim ini.

Beyonce menetapkan harganya bagi undangan tertutup bernilai 1.5 juta pound  (RM8.23 juta) namun jumlah itu dijangka tidak menjadi masalah buat Bale yang menerima gaji sebanyak 300,000 pound seminggu (RM1.6 juta).

Bale yang dikaitkan akan kembali ke Liga Perdana Inggeris bersama kelab Manchester United kini tinggal di Madrid bersama  Emma dan dua orang anak mereka, Alba Violet (5 tahun) dan Nava Valentina berusia setahun.

Bale, beyonce

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain