suria

Ronaldo Ke England?

BINTANG Real Madrid, Cristiano Ronaldo masih boleh meninggalkan kelab itu sebelum jendela perpindahan ditutup.

Pemain kebangsaan Portugal itu dikaitkan akan meninggalkan Santiago Bernabeu pada awal musim panas ini tetapi pegawai Real Madrid seolah-olah mengiyakan perkara tersebut.

Manchester United masih menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat bekas pemain sensasi mereka itu tetapi bimbang akan dipergunakan dalam kontrak rundingan dengan Ronaldo.

Pemain berusia 32 tahun itu didakwa cuba mengelak cukai pada Jun lalu.

Malah Ronaldo turut menjelaskan kepada mahkamah pada bulan ini bahawa dia mungkin kembali ke kelab Liga Perdana Inggeris.

"Saya tiada masalah di England... oleh itu saya mahu kembali ke England," kata Ronaldo.

Ronaldo turut digantung lima perlawanan selepas menolak pengadil ketika Real menewaskan Barcelona 3-1 di Nou Camp pada aksi Piala Super Sepanyol, 14 Ogos lalu.

"Buat masa ini dia hanya fokus pada kerja. Dia marah kerana digantung lima perlawanan. Kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku sekarang dan 31 Ogos nanti," kata sumber yang rapat dengan Ronaldo.

Cristiano Ronaldo

Artikel Sebelum

Warna-Warni KL2017, Jumaat

Artikel Berikut

Artikel Lain