Tindakan Ibrahimovic Buat Pogba Terharu - Sukan | mStar

Tindakan Ibrahimovic Buat Pogba Terharu

PAUL Pogba mengakui terharu terhadap pengorbanan yang dilakukan Zlatan Ibrahimovic bagi memastikan dirinya terus bersama Manchester United pada musim ini.

Pemain yang digelar 'Ejen P' itu mendakwa Ibrahimovic sanggup mengetepikan egonya dengan menerima potongan gaji sebanyak 50 peratus berbanding musim lalu.

Penyerang berpengalaman yang mengalami kecederaan lutut pada musim lalu itu kembali menyarung jersi United selepas disahkan cergas.

Ibrahimovic yang menjaringkan 28 gol sepanjang musim lalu bakal digandingkan dengan Romelu Lukaku.

Menurut The Sun, Ibrahimovic akan hanya dibayar separuh daripada £367,000 seminggu yang diperolehinya pada musim lalu.

Bagaimanapun, jumlah berkenaan tidak menjadi persoalan sebaliknya kehadiran dua penyerang berbisa untuk United bakal digeruni lawan musim ini.


Manchester United , EPL , Ibrahimovic

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kedah Diharamkan Sertai Piala AFC?

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Almy Nadia lahir anak perempuan ketiga