suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tekanan Buat Mourinho

Jose Mourinho. Foto Reuters

GARY Neville memberikan tekanan buat bekas kelabnya, Manchester United dengan menegaskan bahawa pasukan itu perlu berusaha sehabis baik bagi merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini.

Jose Mourinho gagal mengukuhkan kedudukan empat teratas pada musim pertamanya sebagai pengurus kelab itu, walaupun berupaya mencatatkan kejayaan pada Piala Liga dan Liga Europa.

Bagaimanapun Neville yang merupakan bekas jaguh di Old Traffrod percaya Manchester United dalam posisi yang lebih baik untuk meraih kejuaraan pada musim ini.

Keyakinan Neville dapat dirasainya terutama selepas pelaburan yang dibuat pasukan itu.

Mourinho berharap penuh buat pasukannya kali ini dan berpendapat ia adalah yang lebih baik berbanding penggal lepas.

Beliau menyifatkan Manchester United merupakan pasukan yang paling disenangi untuk bekerjasama sepanjang tempoh kerjayanya.

"Tiga perjanjian yang ditandatangani kita - Victor, Romelu dan Nemaja semuanya sangat bertuah kerana menyertai pasukan seperti ini kerana ia lebih mudah untuk bekerja dengan mereka.

"Saya percaya pasukan ini adalah lebih berbanding musim lepas," ujar Mourinho. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain