suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Gol Lukaku Dalam Penampilan Sulung Man United

Romelu Lukaku (kanan) semasa membuat jaringan pembukaan buat Manchester United. Foto AFP

ROMELU Lukaku menjaringkan gol dalam kemunculan pertamanya buat Manchester United dengan kemenangan selesa 4-0 ke atas West Ham di Old Trafford, awal pagi Isnin.

Dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris itu, Lukaku melakukan dua jaringan pada minit ke-33 dan 52'.

Lukaku menyertai Manchester United pada musim panas ini dengan bayaran yang boleh mencecah sehingga £90 juta (RM502.9 juta).

Pemain kelahiran Belgium itu hanya mengambil masa 35 minit untuk memberikan gol pembukaan buat Manchester United.

Dua lagi jaringan dicatatkan oleh Anthony Martial dan Paul Pogba, masing-masing pada minit ke-87 dan 90'. - eurosport

Artikel Sebelum

Tekanan Buat Mourinho

Artikel Berikut

Artikel Lain