suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Manchester United Menang, Penyokong Chelsea Kutuk Pasukan Sendiri

PENYOKONG Chelsea menyalahkan pasukan kesayangan mereka selepas Manchester United menang bergaya dalam perlawanan pertama.

United menewaskan West Ham 4-0 hasil jaringan Romelu Lukaku, Anthony Martial dan Paul Pogba.

Metro.co.uk melaporkan, penyokong Chelsea menyalahkan pasukan mereka kerana mudah menjual Nemanja Matic kepada musuh.

Ini kerana Matic berjaya mengemudi bahagian tengah United dan menjadi penyumbang kepada kejayaan skuad bimbingan Jose Mourinho.

Manakala Chelsea pula 'tersungkur' pada babak pertama kepada Burnley sebelum bangkit mendekatkan jarak kedudukan sebelum tewas 3-2.

Penyokong Chelsea bertindak mempersoalkan tindakan menjual Matic di media sosial yang kemudian tular.

Mereka selain itu turut mengutuk Antonio Conte yang gagal seimbangkan semula skuad berkenaan selepas menjual Matic.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain