suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Pemain Senior Digantung Tiga Kejohanan

Mohamad Norza Zakaria.

KUALA LUMPUR: Dua pemain perseorangan lelaki dan dua pemain beregu wanita berdepan penggantungan tiga kejohanan berikutan gagal ujian kecergasan fizikal kendalian Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C and T) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata empat pemain senior itu akan menerima surat daripada BAM dalam masa terdekat.

"Keputusan ujian kecergasan pemain ini didapati rendah, sesuatu yang tidak dapat diterima. Kesemua pemain akan menerima surat yang memaklumkan keputusan tidak menghantar mereka sehingga kecergasan mereka meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat C and T di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara di sini Jumaat.

Mohamad Norza yang enggan mendedahkan nama pemain tersebut berkata semua pemain itu perlu mempertingkatkan kecergasan fizikal masing-masing mengikut tahap yang ditetapkan. - BERNAMA

BAM, gantung pemain

Artikel Lain