suria

Arsenal Tawar Chamberlain Gaji 100,000 Pound Seminggu

PEMAIN tengah Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain bakal ditawarkan kontrak baharu bernilai 100,000 pound seminggu.

Kontrak Chamberlain akan berakhir pada hujung musim 2017-2018 dan menyebabkan dia kini dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool, Manchester City dan Manchester United.

Namun menurut laporan The Mail dan The Mirror, Arsenal sedang berusaha untuk mengekalkan pemain tengah itu di Emirates dengan tawaran kontrak baharu selama lima tahun.

Menurut laporan itu, kenaikan gaji bukan sahaja faktor yang diambil kira Chamerlain tetapi dia mahu diberi jaminan untuk disenaraikan dalam skuad utama pasukan.

Aksi tidak menentunya akibat kecederaan sebelum ini ternyata mengecewakan peminat Arsenal.

Namun dia berjaya bangkit menepis kritikan tersebut menerusi persembahan cemerlangnya beberapa minggu lalu.

Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain

Artikel Sebelum

Neymar Jalani Terapi Bekam

Artikel Berikut

Chelsea Lebar Jurang Mata

Artikel Lain