suria

AirAsia FC Kini Dikenali Petaling Jaya Rangers FC

Skuad Petaling Jaya Rangers FC yang dipimpin Mat Zan bersama Tony (barisan belakang-enam dari kanan) pada majlis pengumuman nama baharu AirAsia FC kepada Petaling Jaya Rangers FC di Sepang, Selasa.

SEPANG: AirAsia FC  bakal dikenali dengan nama baharu, Petaling Jaya Rangers FC atau Red Jets apabila mengharungi saingan Liga Malaysia musim 2017.

Pihak kelab yakin dengan pertukaran nama baharu ini, ia mampu menarik lebih ramai peminat atau penyokong bola sepak.

Lebih menarik, Petaling Jaya Rangers FC bakal dibarisi pemain-pemain yang lebih segar di bawah sentuhan pengendali baharu, Mat Zan Mat Aris.

Mat Zan,58, merupakan bekas ketua jurulatih Melaka United yang muncul juara Liga Perdana musim 2016.

Antara muka baharu yang turut membarisi 22 senarai pemain skuad Red Jets ini termasuk Tuah Iskandar (Johor Darul Ta'zim II), Fahrul Razi (KL) dan enam pemain skuad Melaka United.

Sebagai rekod, AirAsia FC membuat penampilan pertama dalam saingan Liga Super Selangor sebelum berjaya layak ke Piala FAM pada 2014.

Dengan peningkatan prestasi yang memberangsangkan, AirAsia FC berjaya menamatkan saingan Piala FAM di tempat ketujuh keseluruhan pada 2015.

Manakala musim 2016 menyaksikan tuah tidak berpihak kepada mereka selepas tewas dalam saingan separuh akhir Piala FAM, hanya selangkah untuk layak beraksi ke Liga Perdana.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandez, Pengerusi Eksekutif Kumpulan, Datuk Kamarudin Meranun dan CEO AirAsia Bhd., Aireen Omar.

Selain itu, AirAsia FC turut mendedahkan beberapa perancangan yang lebih memberi fokus kepada program komuniti, dengan menjalinkan kerjasama ekslusif bersama Queens Park Rangers (QPR) bagi memulakan akademi bola sepak.

Dalam masa sama, kerjasama ini antara sokongan dalam menyokong pembangunan bola sepak di Malaysia.

Artikel Berikut

Puskas: TMJ Hargai Faiz Subri

Artikel Lain