suria

Ronaldo, Mourinho Didakwa Elak Bayar Cukai

BINTANG Real Madrid, Christiano Ronaldo dipercayai menyembunyikan bayaran cukai berjumlah 150 juta euro di Switzerland dan Birtish Virgin Islands.

Beberapa dokumen yang bocor diperolehi 12 akhbar Eropah mendakwa Ronaldo dan Pengurus Manchester United, Jose Mourinho mungkin terlibat terhadap dakwaan cuba mengelak cukai dan skim pengubahan wang haram.

12 akhbar yang terlibat berkata mereka merancang untuk mendedahkan butiran siasatan terhadap dakwaan rasuah dibawah nama yang dipersetujui bersama iaitu 'Football Leaks' dalam tempoh tiga minggu lagi.

Menurut akhbar tersebut, Ronaldo dan Mourinho mungkin mendapat manfaat daripada sistem percukaian yang diatur oleh ejen mereka, Jorge Mendes.

Namun, syarikat milik Mendes, Gestifute, menyangkal dakwaan itu dengan berkata Ronaldo dan Mourinho mematuhi sepenuhnya kewajipan mereka.

Gestifute menambah, tiada mana-mana kliennya terlibat dalam prosiding undang-undang atas dakwaan mengelak cukai di Sepanyol.

"Mana-mana tuduhan yang dibuat terhadap Ronaldo atau Mourinho berkaitan kesalahan cukai akan dilaporkan kepada pihak berkuasa atau didakwa di mahkamah.

"Kami juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mempertahankan diri dan klien kami berhubung dakwaan tidak berasas yang disiarkan terhadap kami," katanya.

Artikel Sebelum

Tiada Sasaran Trofi - TMJ

Artikel Lain