suria

Atletico Nacional Mahu Nobat Chapecoense Juara Copa Sudamerica 2016

-fotoAFP
FINALIS Copa Sudamericana, Atletico Nacional, meminta Persatuan Bola Sepak Amerika Selatan (Conmebol) mempertimbangkan memberi gelaran juara kepada pasukan Chapecoense.

Chapecoense, pasukan bola sepak dari Brazil berada di dalam pesawat yang membawa 81 penumpang yang terhempas di Colombia pada Selasa. Polis mengesahkan 76 maut dalam nahas itu.


Pasukan Chapecoense, sebuah kelab terkemuka di Brazil menaiki pesawat itu untuk menentang, Atletico Nacional dalam aksi pertama perlawanan akhir Copa Sudamerica pada Rabu.

Nahas ini membuatkan Atletico Nacional bersimpati dan dilaporkan ikhlas mahu memberikan gelaran juara Copa Sudamericana untuk Chapecoense.

"Kami ingin mengumumkan bahawa Atletico Nacional telah memaklumkan kepada Conmebol untuk memberikan gelaran Copa Sudamericana kepada Chapecoense sebagai bentuk penghormatan dan penghargaan kepada korban kecelakaan yang membuatkan kita semua berduka. Chapecoense juara Copa Sudamericana 2016," demikian kenyataan yang ditulis Atletico Nacional di laman web rasmi kelab.

Stesen radio Brazil, Grenal Radio FM yang berpangkalan di Porto Alegre juga menghebahkan: "Maklumat pada ketika ini Atletico Nacional membuat permohonan kepada Conmebol bahawa mereka menobatkan Chapecoense sebagai pemenang sah kejohanan ini.

"Langkah ini hampir sama dengan apa yang berlaku pada 1949, ketika para pemain Torino maut dalam kecelakaan pesawat yang mengorbankan 31 penumpang.

"Pada ketika itu, pasukan lain dalam Serie A setuju untuk memberikan 'Scudetto' kepada Torino sebagai bentuk penghargaan.

"Pengarah dan pemain dari Atletico Nacional juga telah sebulat suara menyatakan keinginan mereka. Chapecoense akan dinobatkan sebagai juara, jika tidak malam esok, dalam tempoh beberapa hari lagi."

Kenyataan itu turut disokong wartawan sukan Brazil, Thiago Suman, yang menulis: "Chapecoense akan dimahkota sebagai juara Copa Sudamericana."

Artikel Lain