suria

Penyokong JDT Dominasi Liga Super

PETALING JAYA: Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mendominasi kemeriahan bola sepak tempatan apabila mencatatkan kehadiran penyokong paling tinggi ke stadium sepanjang musim Liga Super 2016.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada laman Facebook rasmi Football Malaysia Limited  Liability Partnership (FMLLP), jumlah kehadiran penyokong ke stadium yang dicatatkan oleh penyokong juara Liga Super itu adalah seramai 191,982 orang.

Pasukan Perak pula menduduki tangga kedua dengan catatan 121,687 penyokong sepanjang musim lalu.

Juara Piala Malaysia, Kedah pula menduduki kedudukan ketiga dengan kehadiran 103,421 penyokong ke stadium.

JDT, Kedah, Perak, Liga Super, FMLLP

Artikel Sebelum

Keputusan Piala Liga Inggeris

Artikel Lain