suria

Malaysia Tanding Piala Dunia Remaja 2016

Subahan Kamal.

KUALA LUMPUR: Malaysia menerima jemputan pada saat akhir oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) untuk menyertai Piala Dunia Remaja 2016 di Lucknow di India, dari 8 hingga 18 Disember ini.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Seri Subahan Kamal berkata jemputan itu diterima pada Selasa selepas FIH secara rasminya menarik balik penyertaan Pakistan dalam kejohanan itu.

Sejurus menerima jemputan, katanya, Lembaga Eksekutif MHC bersetuju menghantar skuad negara selepas mendapat pandangan Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan MHC, Datuk Ow Soon Kooi dan Pengarah Teknikalnya, Terry Walsh.

"Penerimaan jemputan FIH itu memberi pengalaman dan pendedahan yang baik kepada skuad negara," katanya dalam kenyataan di sini.

Subahan berkata Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN)telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan kedua-duanya telah memberikan lampu hijau.

FIH telah menarik balik jemputan kepada Pakistan yang layak secara merit selepas pasukan itu lewat memohon visa daripada kerajaan India dan gagal membuat pengesahan penginapan untuk kejohanan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain