suria

Pemain Elit Meriahkan SSPL Musim 2016/17

EDISI ketiga SS Purple League (SSPL) musim 2016/17 dijangka lebih menarik dengan kehadiran pemain-pemain badminton terkemuka dunia.

Antara pemain-pemain elit yang bersaingan meraih gelaran terhebat di kalangan terbaik termasuk Datuk Lee Chong Wei, Goh V Shem, Zhao Yunlei yang bermain bersama Kelab Badminton (KB) Petaling Jaya.

Manakala pemain Taiwan, Chou Tien Chen dan pemenang pingatvperak Sukan Olimpik baru-baru ini, Goh Liu Ying memperkuatkan pasukan KB Puchong United.

Ketua Pegawai Eksekutif Purple League Malaysia,Datuk Jack Koh berkata, pihaknya optimis dalam merapatkan jurang antara pemain serta peminat badminton sama ada di dalam atau luar negara.

"SSPL menampilkan barisan pemain bintang yang bakal beraksi musim ini. Jadi peminat-peminat tidak perlu pergi jauh untuk melihat permainan berkualiti tinggi yang dipamerkan oleh pemain pujaan mereka.

"Malah bukan itu sahaja kerana musim ini juga bakal menyaksikan perlawanan menggunakan format kiraan mata yang baharu.

"Pertama kali format baharu akan digunakan dan ianya pasti lebih mencabar," jelasnya pada sidang media pelancaran SSPL, pada Selasa.

Sebelum ini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) cuba memperkenalkan sistem 11 mata berbanding 21 mata sebelumnya. Namun ia masih belum dimuktamadkan.

Sementara itu, Poul-Erik Hoyer yang merupakan Ahli Majlis Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan Presiden BWF berkata, SSPL ada platform terbaik kepada pembangunan sukan badminton khususnya pemain Malaysia untuk mengorak langkah ke kejohanan antarabangsa dan merangkul gelaran dunia.

"Kami di BWF juga berhasrat merangsang penglibatan serta meningkatkan lagi penyertaan peminat untuk menyokong sukan badminton di peringkat global.

"SSPL di Malaysia sekarang menerusi liga badminton profesional adalah yang pertama ,"ujarnya.

Dalam pada itu, sebanyak 10 kelab mengesahkan penyertaan pada musim baharu ini iaitu KB Ampang, Jaya, KB Klabg City, KB Serdang, KB Puchong United, KV Petaling Jaya, KB Petaling KB Muar, KB Kepong, KBBU Dragons dan KB Bangsar Hawks.

Peringkat pusingan awal akan bermain secara round robin di Gem In MallCyberjaya, dan Stadium KLBA, manakala peringkat kalah mari akan berlangsung di Genting Highlands.


SSPL, Lee Chong Wei, Jock Koh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain