suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Calon Disenarai Ganti Luis Enrique

Luis Enrique. -fotoREUTERS
BARCELONA dilaporkan telah bersedia dengan senarai calon  jurulatih yang akan menggantikan Luis Enrique.

Memetik Calciomercato, Enrique sedang tertekan di Camp Nou setelah Barca seri 1- 1 menentang Real Sociedad, minggu lalu.

Kini, Barca ketinggalan enam mata dari Real Madrid yang berada di kedudukan teratas carta La Liga.

Pada hujung minggu ini Barca akan bertemu dengan Real Madrid. Jika mereka kalah, semakin sukar untuk kelab mengejar dominasi pesaing utamanya di La Liga.

Kontrak Enrique di Camp Nou akan berakhir pada akhir musim ini.

Sehingga kini, masih tiada kesepakatan antara dua belah pihak untuk rundingan kontrak baharu.

Dua nama yang sedang dikaitkan dengan Barca adalah Jorge Sampaoli dan Ernesto Valverde.

Sampaoli ketika ini menjadi jurulatih Sevilla dan merupakan bekas jurulatih pasukan kebangsaan, Chile. Dia baharu saja memulakan karier di La Liga awal musim ini.

Valverde pula adalah jurulatih Athletic Bilbao. Berusia 52 tahun, dia sudah membimbing Bilbao sejak 2013 dan pernah bermain untuk Barca selama dua tahun dari 1988 hingga 1990.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain