suria

Pogba Lembab, Bailey Terpantas

PERTAHANAN kental Manchester United, Eric Baily menjadi pemain paling pantas dalam senarai kesebelasan utama skuad Red Devils, mengatasi penyerang muda, Marcus Rashford.

Statitistik yang dikeluarkan oleh The Sun menunjukkan Bailey memiliki kelajuan berlari 34.84 kilometer sejam (km/j) disusuli Rashford dengan catatan 34.42 km/j.

Namun keputusan yang paling mengejutkan adalah kelajuan pemain termahal dunia, Paul Pogba yang jauh lebih rendah berbanding pemain pertahanan, Phil Jones dan bintang Perancis itu tidak berada dalam senarai 10 pemain United paling laju.

Pogba hanya mencatat masa 34.10 km/j berbanding Jones yang memiliki kelajuan berlari 34.11 km/j.

Bagaimanapun pemain paling lambat berlari adalah bintang veteran, Michael Carrick yang mencatat masa 27.24 km/j.

Satu lagi kejutan adalah pemain harapan kelahiran Belanda, Memphis Depay yang hanya mencatat masa 30.52 km/j walaupun dia bermain di posisi sayap yang memerlukan kelajuan tinggi.

Berikut adalah senarai 10 pemain Manchester United paling pantas dalam Liga Perdana Inggeris:

1. Eric Bailly – 34.84 kmj

2. Marcus Rashford – 34.42 kmj

3. Luke Shaw – 33.76 kmj

4. Jesse Lingard – 33.45 kmj

5. Anthony Martial – 33.45 kmj

6. Antonio Valencia – 33.26 kmj

7. Chris Smalling – 33.10 kmj

8. Zlatan Ibrahimovic – 32.94 kmj

9. Ashley Young – 32.66 kmj

10. Henrikh Mkhitaryan – 32.52 kmj


Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain