suria

Filipina, Singapura Sekadar Seri

Pemain Singapura, Khairul Amri dikasari Manuel Ott dari Filipina semasa pertembungan peringkat Kumpulan A Piala AFF Suzuki, malam Sabtu.

YANGON: Filipina gagal mengambil kesempatan di gelanggang sendiri apabila seri tanpa jaringan dengan Singapura yang beraksi dengan 10 pemain pada perlawanan Kumpulan A, Piala AFF Suzuki di Stadium Sukan Filipina, di Bulacan, Filipina, malam Sabtu.

Filipina, selaku tuan rumah bersama Myanmar, gagal melakukan penyudah biarpun menguasai permainan dengan penjaga gol Singapura, Hassan Sunny bertindak cemerlang bagi mengagalkan cubaan barisan depan lawan.

Singapura menerima nasib malang apabila pemain tengah, Muhammad Hafiz Abu Sujad dibuang padang pada minit ke-34 kerana mengasari pemain Filipina.

Namun, Singapura dapat mengubah rentak permainan dan turut melancarkan beberapa serangan bahaya tetapi dipatahkan oleh benteng pertahanan Filipina.

Pada perlawanan kedua peringkat kumpulan, Selasa ini, Filipina akan menentang Indonesia manakala Singapura berdepan dengan juara bertahan, Thailand.

Pada perlawanan awal sebelum ini, Thailand mengalahkan Indonesia 4-2.

Sementara itu, perlawanan Kumpulan B melibatkan Myanmar, Malaysia, Vietnam dan Kemboja akan bermula pada Ahad di Yangon, Myanmar. - BERNAMA

Piala AFF Suzuki

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain