suria

United Sekadar Seri Ke Atas Arsenal Di Old Trafford

Giroud (tengah) menanduk bola ke gawang United yang menyaksikan keputusan seri 1-1 pada aksi United bertemu Arsenal Sabtu malam.

MANCHESTER United gagal meraih mata penuh apabila mencatat keputusan seri 1-1 ketika aksi bertemu Arsenal dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, Sabtu malam.

Juan Mata berjaya memecah kebuntuan gol pada minit ke-68 untuk United selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama permainan.

Bagaimanapun, Oliver Giroud memusnahkan harapan skuad bimbingan Jose Mourinho apabila menyamakan jaringan seminit sebelum perlawanan penuh berakhir (m-89).

Keputusan seri tersebut menyaksikan United kekal di tangga keenam liga, manakala anak buah Arsene Wenger mara ke kedudukan ketiga dengan mengumpul 25 mata selepas 12 perlawanan.

Malah The Gunners mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 17 perlawanan bagi semua aksi musim ini.

Dalam pada itu, penyokong-penyokong Arsenal turut melaungkan 'you're not special anymore'  kepada Mourinho selepas jurulatih dari Portugal itu tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil Andre Marriner yang tidak memberi sepakan penalti setelah pemainnya, Antonio Valnecia dijatuhkan Nacho Monreal dalam kotak penalti ketika minit ke-36 permainan.

Senarai pemain:

Manchester United
: De Gea, Valencia, Jones, Rojo, Darmian, Carrick, Ander Herrera, Mata, Pogba, Martial, Rashford (Simpanan): Depay, Rooney, Lingard, Blind, Young, Romero, Schneiderlin

Arsenal: Cech, Jenkinson, Mustafi, Koscielny, Monreal, Coquelin, Elneny, Walcott, Ozil, Ramsey, Sanchez (Simpanan): Gibbs, Gabriel, Giroud, Ospina, Oxlade-Chamberlain, Iwobi, Xhaka

Pengadil: Andre Marriner 

Manchester united, Arsenal

Artikel Sebelum

Keputusan Serie A

Artikel Berikut

Artikel Lain